ASK YOURSELF, AM I READY TO MEET ALLAH ? DO I LOOK FORWARD TO MEETING ALLAH ON THE DAY OF JUDGEMENT ? WHAT I WILL BRING TO THAT MEETING ?

"SO WHOEVER WOULD HOPE FOR THE MEETING WITH HIS LORD, LET HIM DO RIGHTEOUS WORK AND NOT ASSOCIATE IN THE WORSHIP OF HIS LORD ANYONE"

(18:110)


Sunday 13 May 2012

Part 2


Terdetik di hati.. Apa yang aku boleh lakukan untuk ibu? Untuk ayah?

Setelah dia bersusah payah untuk membesarkan diriku sehinggakan aku mampu untuk berdiri dengan sendirinya hingga ke hari ini. Namun itu hanyalah penipuan. Aku bukanlah berdiri atas kaki sendiri. Aku masih memerlukan mereka. Walaupun umurku sudah masuk ke 20 tahun, namun aku masih mengharapkan mereka. Ibu dan ayah.. Mereka lah yang menyokong aku untuk berdiri selama ini. Mereka tenaga ku. Merekalah semangatku.  

Syukur Alhamdulillah.


Namun, persoalan utama ialah adakah aku harus terus hidup begini? Adakah aku masih perlu mengharapkan mereka sedangkan mereka sudahpun tua? Aku sudah 20 tahun dan aku masih menharapkan mereka???

Bagi aku tidak.. cukuplah 19 tahun yang dulu akan jasa-jasa mereka terhadap aku. Aku sudah tidak mampu membayarnya dengan apa sekalipun. Hanya Allah sahaja yang mampu. Jika  aku terus dan terus berharap kepada mereka, di mana pula saat aku pula yang menjadi tempat mereka bergantung harap? Bukankah pabila tua kita perlu menjaga mereka pula. Setelah 19 tahun mendidik kita agar menjadi insan yang berguna, biarkanlah mereka berehat. Biar kita pula mengambil tanggungjawab kita sebagai seorang anak.

Namun, apa yang boleh aku lakukan? 

Aku tidak mampu.. Tidak mampu...

Wang ringgit? 

Walau berjuta dollar sekalipun, masih belum tentu aku dapat membuat mereka bahagia sebagaimana mereka membuat aku bahagia selama ini..

Harta? 

Sebnyak manapun harta, aku rasa masih belum cukup untuk membayar segala pengorbanan mereka...
Disaat kita menangis, merekalah yang berada di sisi kita. Mendengar segala rintihan dan keluhan kita tanpa sedikit pun rasa jemu.. Merekalah bahu bagi kita untuk menangis.

Disaat kita bergembira tersenyum. Itulah detik terindah dalam hidup mereka. Merlihat anak mereka gembira seolah-olah berkata pada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya aku telah melaksanakan amanahMu di dunia. Mendidik anak2 ku menjadi khalifah di dunia”

Disaat kita memerlukan sesuatu, mereka sanggup berkorban segalanya untuk memenuhi tuntutan anaknya. Lebih2 lagi anak yang mahu belajar. Sehingga mereka sanggup menjual tanah, barang kemas, tidak makan dan minum, semata2 ingin melihat anak mereka berjaya..

Maka, cukupkah wang ringgit dan harta untuk kita membalasnya? Jika dikumpul hingga ke hari pembalasan sekalipun, masih belum tentu sama timbangannya dengan kasih sayang yang mereka berikan.

Ya.. Kasih sayang mereka terhadap anak-anaknya.

Terfikir sejenak.. Apakah yang mampu aku lakukan??

Ibu.. Ayah...

Aku tidak mampu menghadiahkan barang kemas, barang yang branded, harta yang banyak, kerana aku masih belajar.

Namun aku tau aku mampu untuk menolongmu dengan mematuhi segala perintah dan arahanmu.
Aku tahu aku mampu untuk membantumu dengan sedaya upaya untuk tidak lagi bergantung harap sepenuhnya kepadamu. Malah, giliran aku pula yang memberimu wang belanja..

Ibu.. Ayah..

Yang pasti, cara yang terbaik untukku membalas segala jasamu ialah menjadi anak yang soleh. Menuntut ilmu daripada ibu dan ayah dan mengajarnya pada orang lain, dan membelanjakan setiap hartamu di atas jalan Allah.

Kerana aku berpegang kepada sebuah hadis..

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' 
(HR Muslim).

Anak soleh doanya diterima oleh Allah. Akanku mendoakan kesejahteraanmu di dunia dan akhirat. Maka aku perlu berusaha untuk menjadi anak yang soleh. Jika tidak bagaimana aku mahu membalas segala jasa ibu dan ayah?

Sedekah jariah mampu menyelamatkan kita azab api neraka kerana amalan yang ikhlas kerana Allah diangkat tinggi oleh Allah. Maka akan aku belanjakan hartamu di atas jalan Allah agar sedekah itu mampu menolongmu di akhirat kelak.

Ilmu yang bermanfaat. Segala ilmu yang ibu dan ayah ajarkan akan ku manfaatkan untuk diriku dan disampaikan kepada yang lain agar ilmu yang baik tidak terputus begitu sahaja. Biarlah insan lain mendapat menfaat kepada mereka seterusnya menjadi bekal amalanmu di Padang Masyar kelak.

3 amalan yang tidak akan terputus. Itulah cara yang mampu untuk aku fikirkan setakat ini. Dan cara ini adalah yang terbaik bagiku.


Itulah yang aku mampu.. 

Ibu dan ayah..

Aku tidak mahu di saat mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir, mereka masih risau akan anak2nya. Hati yang resah. 

Biarlah mereka pergi menghadapMu ya Allah dengan hati yang tenang. Dan mereka berdoa dalam hati mereka,

“Ya Allah. Sesungguhnya aku telah menjalankan amanahMu dengan sebaik mungkin.. Mendidik anak-anakku menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Terimalah amalanku.”

No comments:

Post a Comment