Indahnya ciptaan Allah. Pabila pertama kali kita membuka
mata di dunia ini setelah menghabiskan masa selama 9 bulan di dalam perut ibu
kita, ketika itulah saat yang paling berharga bagi seseorang yang bergelar
IBU.
Di saat kita menangis ketika dilahirkan, semua yang ada
disekeliling pasti akan senyum gembira. Namun, ketahuilah hakikat di mana insan
yang paling gembira sekali sudah tentu ibu kita. Pengorbanan 9 bulan membawa
kita ke hulur ke hilir, berpantang makan, bengkak kakinya berjalan,
pening-pening, muntah akhirnya dikurniakan Allah cahaya mata yang sihat dan
sebaik-baik kejadian.
Tanpa ibu, siapalah kita. Tapi persoalannya pernahkan kita
terfikir akan semua pengorbanan ibu kepada kita??
Esok akan bermulalah cuti semester bagi aku.. Orang pertama yang
aku call sudah tentulah ibuku..
“Ibu, esok along balik. Cuti dah start”. Ayat
yang sama akan dikatakan oleh semua rakan yang berada di kolej.
Keesokannya, sampailah aku di rumah.. Penat jugak bawak
banyak barang ni.. Dah cuti.. Mestilah bawak banyak barang kan.. Baju?? Sudah
pasti.. Kenapa?? Ibu aku boleh la basuhkan. Takdelah penat sangat.. Setelah
sampai di rumah, terlihat seseorang yang menunggu di hadapan rumah seperti
seseorang yang setia menunggu orang yang tersayang pulang ke rumah.. Tangan
ibuku ku sambut.
“Dah sampai? Penat tak? Kesian anak ibu bawak balik banyak barang ni. Meh ibu
bawakkan sket” kata ibu.. Kakikatnya bukan sikit, hampir sume barang aku
diangkat oleh ibu..
“Along penat? Rehat la dulu.. hari ni nak makan ape?? Ibu masakkan makanan
kegemaran along hari ini. ‘Nasi goreng kampung dengan sambal tumis
sotong” Terukir lesung pipit di wajah ibuku.
“Bole je bu.. Along rindu jugak kat masakan ibu. Tapi hari
ni along nak tengok ibu masak. Mana tahu kot-kot nanti along boleh masak kat
india nanti” Balasku dengan penuh gembira..
Ibu masih memberikan senyuman. Senyuman yang penuh
keikhlasan dan kasih sayang. Ciptaan Allah yang paling indah.. Betullah macam
lirik lagu nyanyian band Mega- bayangan gurauan.
Tanpa disedari, aku nyanyikan lagu tu depan ibu.
“Andai diberikan emas permata, ku pilih
senyumanmu....”
wajah ibuku pelik seketika..
Di dapur, aku melihat ibuku yang mula untuk memasak. Aku
lihat ibu aku keluarkan sebiji kuali hitam. Saat itu, tak pernah plak aku
terpikir kuali yang hitam ni, yang orang selalu buat tak endah je, yang
baling-baling je, kadang2 budak kecik gune main ‘beyblade’ mampu
buatkan aku sedar akan semua perkara.
Setelah ibu keluarkan semua bahan nak masak nasi gorang
kampung dengan sambal tumis sotong, aku pon duduk di tepi. Mula2, ibuku
memotong bawang.
Tibe2 ibu menangis.
Confim la kadang2 orang potong bawang ni boleh buat
orang menangis kan. Kerana risau,aku pun tanye kat ibu..
“Ibu okey” Masih tersenyum sambil mengesatkan air matanya
yang tidak sengaja keluar.
Terasa cam nk tolong.. Tapi mak cakap aku ni pegang pisau
kasar sngat. Potong kecik2 last2 hancur dibuatnya. Kemudian ibu potong cili
plak dan diblenderkan. Aku melihat ibu segera basuh tangan. Kenapa bu??
Cili ni kadang2 terasa pijar gak kan.. Baru aku tau.. Terasa
panas je tangan pasal pijar cili. Cam kite letakthinner kat tangan.
Terasa panas kan tangan.. Kire camtu la. Pastu Nampak pak tangan ibu terluka
sket.. Risau aku..
“Tangan ibu kene pisau sikit tadi. Takde ape2 lah” Kata ibu
tanpa apa2 tanda sakit.
Pastu mula la ibuku memasak. Dipanaskan kuali hitam
tersebut. Berpeluh ibu aku tengok.. Mungkin pasal api panas sangat kot. Then,
diletakkan minyak. Lepas panas, ibu pun mula menumis. Meletup2 minyak tu.
Terkena la percikan minyak tu kat ibu.. Asap yang kuali tu pun kene mata mak
aku.. Ibuku mengesat2 mata beliau.. Risau gak aku..
‘Ibu okey. Biasalah minyak percik ni. Sikit je pun’. Ibu
masih mengukirkan senyuman.
Setelah siap masak, ibu pun mula menghidangkan nasik goreng
bersama sambal sotong. Memang terase btol sedapnye bau die.. Dah lame ta makan
masakan ibu kan.. Selalu makan kat gerai je. Tu pun indon yang masak. Plus ngan
mamak yang bapak mahal kene bayar. Nie la rase nikmat kesedapan masakan seorang
ibu.
Aku pun ape lagi. Melantaklah aku. Memang betol2 sedap pun.
Kira kali ni dah termasuk 3 kali aku tambah. Tiba2 teringat plak ibu belum
makan lagi.
“Bu, jom makan sekali. Ibu tak lapar ke?” Tanye aku sambil
suap nasi.
‘makan la dulu. Ibu kenyang lagi. Nanti tinggalkan sikit
untuk abang dengan ayah’. Balas ibu yang kelihatan ceria.
Tapi nampak seolah2 beliau sengaja sorokkan keletihan
beliau. Mungkin ibu dah makan kot. Aku pun terus je la makan.
Dah siap makan, aku pun pergi ke dapur.
Kelihatan ibu mencari seolah2 mencari sesuatu..
“Ibu cari ape? Nak along tolong?” Aku pun bertanye pada
ibu...
Pang!!!
Terjatuh pinggan aku dari genggaman aku..
Aku seolah2 lumpuh.
Kaku.
Keras
Hilang segala kata2.
Tak dapat nak cakap ape2..
mahu saja aku sujud dikaki ibuku..
Ibu cakap ibu tak lapar...
Tapi kenape ibu menguis-nguis sisa-sisa nasi goreng di dalam
kuali kemudian ibu suapkan ke dalam mulut ibu.......
‘Ibu saje je.. nak rasa sikit.. tu je’ Balas ibu dengan
senyuman yang tidak pernah lekang dari wajahnya...
Menitis air mata seorg lelaki, anak yang derhaka, .
Berlari aku memeluk ibu..
No comments:
Post a Comment