SYRIA BERDARAH: Anda peduli?
Anda pernah menghadapi situasi dimana news feed face book anda dipenuhi dengan gambar-gambar ngeri, video-video menyayat hati mahupun status-status sahabat yang merobek nurani?
Apakah reaksi anda?
Apakah reaksi anda?
Diam?Tidak mahu ambil peduli?
Ataupun anda merasakan post-post sebegitu hanya sekadar menyesakkan news feed anda?
Tepuk dada Tanya iman.
Aman. Ya, dek kerana terlalu enak hidup dalam keadaan aman ini lah yang membuatkan kita tidak tahu keperitan hidup mereka. Lebih parah lagi, jika kita tidak pernah menyangka sebenarnya wujud di dunia realiti ini kehidupan yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan.
Sentap.
Menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini, seramai 93 ribu rakyat Syria telah menjadi mangsa korban akibat krisis di Negara ini(cacatan rasmi,masih ada beribu-ribu kematian yang tidak dicatatkan). Krisis di Syria sebenarnya telah berlanjutan selama lebih 2 tahun namun masih tidak menunjukkan ia akan tamat.
Untuk mengetahui situasi sebenar di negara bergolak ini,amatlah penting untuk anda memahami dan menghadamkan beberapa fakta serta penerangan mengenai kebangkitan rakyat di Syria.
SIAPA YANG MEMULAKAN REVOLUSI DI SYRIA?
Pada Mac 2011 sekumpulan kanak-kanak lelaki (berumur sekitar 10-15 tahun) menconteng graffiti di bangunan sekolah yang tertulis : ‘As-Shaab Yurid Iskaat el Nizam!’(Rakyat Mahu Jatuhkan Rejim!).
Setelah itu, kanak-kanak tersebut telah ditangkap oleh pasukan keselamatan Syria, dipenjara, diseksa, dicabut kuku kaki dan tangan dan dicabul sehingga salah seorang daripada mereka terkorban.
Pihak kerajaan meletakkan syarat jika kanak-kanak tersebut ingin dilepaskan, mereka perlu memberikan wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini.Perkara ini telah mencetuskan kebangkitan rakyat.
Oh,sebentar. Undur satu langkah ke belakang.
Tidakkah anda tertanya-tanya, apakah motif kanak-kanak tersebut menconteng dinding tersebut?
Siapakah ‘Rejim’ yang mahu dijatuhkan?
AL-ASSAD PEMERINTAH YANG ZALIM!
Setelah mencapai kemerdekaan daripada Perancis, Syria telah diperintah selama 30 tahun oleh pemerintah zalim Hafez al-Assad. Setelah beliau meninggal dunia, pemerintahan diteruskan oleh anaknya Basyar al-Assad.
Latar belakang keluarga al-Assad ini berpegang teguh dengan ajaran Syiah Nusairi. Ulama’ telah bersepakat bahawa SyiahNusairi ini telah terkeluar dari Islam berdasarkan kepercayaan mereka yang menyembah matahari,bulan dan awan keranamereka percaya Saidina Ali bin Abi Talib berada diatas makhluk-makhluk tersebut.Tambahan, mereka yang berpegang dengan kepercayaan Syiah Nusairi ini telah menghalalkan darah-darah Sunni untuk dibunuh.
Disebabkan kebencian penganut Syiah Nusairi ini terhadap ahli-ahli Sunni di Syria, mereka telah memperlakukan kezaliman tanpa rasa belas kasihan. Wanita-wanita dirogol dihadapan keluarga mereka, ada juga yang tahanan yang disembelih dan dibakar hidup-hidup, serta dicampak dari bangunan yang tinggi!
DIMANA SUARA-SUARA DUNIA?
Dunia masih diam membisu.Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB),Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Liga Arab masih tidak melakukan apa-apa tindakan tegar untuk menyelesaikan konflik ini. China dan Rusia mengunakan kuasa veto mereka untuk menyekat mana-mana usaha membantu rakyat Syria.
Dalam situasi ini, kita boleh memuji kerajaan Turki dibawah pimpinan Tayyib Erdorgan yang sering mengkritik rejim Syria malahan membuka sempadan Negara Turki untuk pelarian-pelarian Syria berlindung.
Baik. Dibawah terdapat soalan-soalan yang bakal ditembak tepat ke dalam hati nurani anda. Sila bersedia!
Cukupkah hanya menunding jari pada kuasa-kuasa besar sahaja?
Tidak pernahkah anda terfikir bahawa konflik di Syria ini juga merupakan bebanan tanggungjawab anda?
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supayakamu beroleh rahmat.” [49:10]
Hah.Sudah jelas lagi nyata ayat Allah SWT. Mereka adalah saudara seagama kita.
Apa mungkin anda tergamak untuk melihat saudara kita dizalimi dan diperlakukan sesuka hati sahaja?
Tidak takutkah anda di akhirat nanti saudara-saudara kita di Syria akan menyoal dan mendakwa kita, apakah yang telah kita perbuat selama kita hidup di dunia, untuk membantu mereka,saudara seaqidah kita yang saban hari dizalimi oleh Assad laknatullah?
Telan air liur. Pahit.
ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS!
3 tuntutan yang wajib anda laksanakan bagi membantu saudara kita disana.
Sebaran maklumat,doa dan kewangan.
Sebaran maklumat. Gunakan sepenuhnya jaringan sosial yang wujud untuk menyampaikan maklumat yang benar lagi sahih mengenai penderitaan rakyat Syria. Sebarkan pada dunia sehingga dunia tahu siapa penjenayah
yang sebenar!
yang sebenar!
Doa. Senjata paling ampuh orang-orang mukmin. Banyakkan doa,solat hajat dan bacaan doa qunut nazilah pada setiap solat fardhu anda. Lakukan di rumah ataupun lebih afdhal secara berjemaah di masjid.
Kewangan. Akibat peperangan yang terlalu lama, telah berlaku banyak kerosakan tempat tinggal dan harta benda rakyat Syria.Mereka sangat memerlukan keperluan-keperluan asas bagi kelansungan hidup disana. Anda boleh menderma sama ada dalam bentuk kewangan mahupun pakaian.
Ketahuilah, tiada penghinaan yang lebih besar apabila umat islam tidak mampu untuk mempertahankan nasib saudara-saudara sendiri. Isu ini tidak akan pernah selesai sekiranya ramai umat islam yang mengambil sikap untuk tidak ambil peduli, yang nafsi-nafsi, dan hanya goyang kaki!
Bantulah mereka.
Bukankah kita sebaik-baik umat?