ASK YOURSELF, AM I READY TO MEET ALLAH ? DO I LOOK FORWARD TO MEETING ALLAH ON THE DAY OF JUDGEMENT ? WHAT I WILL BRING TO THAT MEETING ?

"SO WHOEVER WOULD HOPE FOR THE MEETING WITH HIS LORD, LET HIM DO RIGHTEOUS WORK AND NOT ASSOCIATE IN THE WORSHIP OF HIS LORD ANYONE"

(18:110)


Tuesday 20 November 2012

Palestin : dimana mereka dihati kita?


“Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-sama mu (tentera Islam)” demikian surat Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqas, “supaya menjauhkan diri daripada maksiat. Kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.”

Tinta surat itu bersambung, “Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi orang Islam pada kekuatannya. Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka, jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak mereka.”

Ibrah yang besar, persis untuk apa yang berlaku tika ini.

--------------------------------------------------------------

Tahun baru bagi umat islam. Pilihan sang raksasa memperkosa  tanah suci Palestina. Sekali lagi atas nama membanteras terrorisme dan mempertahankan diri. Lapuk. Alasan yang sama. Memperkecilkan mentaliti seluruh dunia. Seolah-olah manusia tidak tahu definisi menyerang dan diserang.(statistik)


Seperti  biasa. Duduk di depan laptop sambil mengikuti perkembangan Gaza. Meng-like status serangan-serangan brigade Al-qassam ke atas Tel-Aviv dan sekitarnya. "Padan muka kau!".  Itu saja yang mampu di lakukan. Harga luka merah dada bangsa palestina, hanyakah sekadar untuk dibingkaikan dalam gambar, di-like,di-share, lalu dijadikan profile picture pada muka buku?

Ironinya, sedang saudara di Gaza berperang nyawa dengan rejim zionis laknatullah, sebahagian daripada kita bersilat bahasa dengan pelbagai gaya, membahas  pemboikotan McDonalds."oi, Gaza tengah diserang tuh!!!" , hanya jeritan hati. Sadis.

Common sense pada yang merasa bersaudara. Bukan soal pada halal dan haram. Tapi sisi kebersamaan kita terhadap saudara islam disana.”Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang” Pesan Nabi dalam hadis riwayat Muslim,” bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam.” Merasa sakitkah kita dengan membeli produk McDonald yang sudah terang lagi bersuluh memiliki saham dalam pembantaian umat Islam palestina?(Bukti)



Perlu dipertimbangkan juga. Antara boikot, like,share,jadikan profile picture,doa di fb dengan memperbaiki diri yang manakah lebih menarik pertolongan daripada Allah berdasarkan kalam daripada saidina umar al-khattab di atas?

Usaha tersebut bagus, tetapi jangan ditinggalkan usaha yang paling bagus. Marilah kita boikot, like, share, jadikan profile picture, doa di fb, tetapi  dalam masa yang sama kita berusaha  tinggalkan maksiat, penuhkan masjid, hidupkan sunnah-sunnah  nabi dalam seluruh kehidupan kita.

-----------------------------------------------------------

"Ya, aku tahu  air yang dibawa tidak mampu memadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya aku telah menjalankan tanggungjawabku dan tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir". Jawab si pipit dalam kelelahan berulang-alik membawa air dalam paruhnya yang kecil tatkala dia ditertawakan oleh burung lain ketika berusaha memadamkan api marak pada Nabi Ibrahim yang dibakar.

Allah melihat usaha kita, bukan hasil. Biar kecil, yang penting kita cuba mengorak langkah mendobrak zionisme. Tidak kisahlah melalui boikot, meningkatkan kesedaran melaui muka buku sehinggalah pembaikan amal diri agar doa dimakbulkan Allah.

Ya, sudah tentu kita tidak mahu melepak bersama Yahudi di Padang Mahsyar kelak.

Maka,

Bergeraklah!

Mujahid Cilik

Pengakuan Tentera Israel

Wednesday 14 November 2012

Salam Hijrah 1434




Maksud Doa Akhir Tahun :


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.



Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.



Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



*Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 




Maksud Doa Awal Tahun :



*Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib.



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.



Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.



Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. 



Salam Tahun Baru Hijrah 1434 kepada semua sahabat :)