ASK YOURSELF, AM I READY TO MEET ALLAH ? DO I LOOK FORWARD TO MEETING ALLAH ON THE DAY OF JUDGEMENT ? WHAT I WILL BRING TO THAT MEETING ?

"SO WHOEVER WOULD HOPE FOR THE MEETING WITH HIS LORD, LET HIM DO RIGHTEOUS WORK AND NOT ASSOCIATE IN THE WORSHIP OF HIS LORD ANYONE"

(18:110)


Friday 6 September 2013


SYRIA BERDARAHAnda peduli?
Anda pernah menghadapi situasi dimana news feed face book anda dipenuhi dengan gambar-gambar ngeri, video-video menyayat hati mahupun status-status sahabat yang merobek nurani?
Apakah reaksi anda?
Diam?Tidak mahu ambil peduli?
Ataupun anda merasakan post-post sebegitu hanya sekadar menyesakkan news feed anda?

Tepuk dada Tanya iman.

Aman. Yadek kerana terlalu enak hidup dalam keadaan aman ini lah yang membuatkan kita tidak tahu keperitan hidup mereka. Lebih parah lagijika kita tidak pernah menyangka sebenarnya wujud di dunia realiti ini kehidupan yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan.

Sentap.

Menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru iniseramai 93 ribu rakyat Syria telah menjadi mangsa korban akibat krisis di Negara ini(cacatan rasmi,masih ada beribu-ribu kematian yang tidak dicatatkan). Krisis di Syria sebenarnya telah berlanjutan selama lebih tahun namun masih tidak menunjukkan ia akan tamat.
Untuk mengetahui situasi sebenar di negara bergolak ini,amatlah penting untuk anda memahami dan menghadamkan beberapa fakta serta penerangan mengenai kebangkitan rakyat di Syria.

SIAPA YANG MEMULAKAN REVOLUSI DI SYRIA?
Pada Mac 2011 sekumpulan kanak-kanak lelaki (berumur sekitar 10-15 tahunmenconteng graffiti di bangunan sekolah yang tertulis : ‘As-Shaab Yurid Iskaat el Nizam!’(Rakyat Mahu Jatuhkan Rejim!). 
Setelah itukanak-kanak tersebut telah ditangkap oleh pasukan keselamatan Syria, dipenjaradiseksadicabut kuku kaki dan tangan dan dicabul sehingga salah seorang daripada mereka terkorban.  
Pihak kerajaan meletakkan syarat jika kanak-kanak tersebut ingin dilepaskanmereka perlu memberikan wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini.Perkara ini telah mencetuskan kebangkitan rakyat.

Oh,sebentarUndur satu langkah ke belakang.
Tidakkah anda tertanya-tanyaapakah motif kanak-kanak tersebut menconteng dinding tersebut?
Siapakah ‘Rejim’ yang mahu dijatuhkan?

AL-ASSAD PEMERINTAH YANG ZALIM!
Setelah mencapai kemerdekaan daripada Perancis, Syria telah diperintah selama 30 tahun oleh pemerintah zalim  Hafez al-Assad. Setelah beliau meninggal duniapemerintahan diteruskan oleh anaknya Basyar al-Assad.
Latar belakang keluarga al-Assad ini berpegang teguh dengan ajaran Syiah Nusairi. Ulama’ telah bersepakat bahawa SyiahNusairi ini telah terkeluar dari Islam berdasarkan kepercayaan mereka yang menyembah matahari,bulan dan awan keranamereka percaya Saidina Ali bin Abi Talib berada diatas makhluk-makhluk tersebut.Tambahanmereka yang berpegang dengan kepercayaan Syiah Nusairi ini telah menghalalkan darah-darah Sunni untuk dibunuh.
Disebabkan kebencian penganut Syiah Nusairi ini terhadap ahli-ahli Sunni di Syria, mereka telah memperlakukan kezaliman tanpa rasa belas kasihan. Wanita-wanita dirogol dihadapan keluarga merekaada juga yang tahanan yang disembelih dan dibakar hidup-hidupserta dicampak dari bangunan yang tinggi!

DIMANA SUARA-SUARA DUNIA?
Dunia masih diam membisu.Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB),Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Liga Arab masih tidak melakukan apa-apa tindakan tegar untuk menyelesaikan konflik ini. China dan Rusia mengunakan kuasa veto mereka untuk menyekat mana-mana usaha membantu rakyat Syria.
Dalam situasi inikita boleh memuji kerajaan Turki dibawah pimpinan Tayyib Erdorgan yang sering mengkritik rejim Syria malahan membuka sempadan Negara Turki untuk pelarian-pelarian Syria berlindung.

Baik. Dibawah terdapat soalan-soalan yang bakal ditembak tepat ke dalam hati nurani anda. Sila bersedia!
Cukupkah hanya menunding jari pada kuasa-kuasa besar sahaja?

Tidak pernahkah anda terfikir bahawa konflik di Syria ini juga merupakan bebanan tanggungjawab anda?
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkahitudan bertaqwalah kepada Allah supayakamu beroleh rahmat.” [49:10]

Hah.Sudah jelas lagi nyata ayat Allah SWT. Mereka adalah saudara seagama kita.
Apa mungkin anda tergamak untuk melihat saudara kita dizalimi dan diperlakukan sesuka hati sahaja?
Tidak takutkah anda di akhirat nanti saudara-saudara kita di Syria akan menyoal dan mendakwa kitaapakah yang telah kita perbuat selama kita hidup di duniauntuk membantu mereka,saudara seaqidah kita yang saban hari dizalimi oleh Assad laknatullah?
Telan air liur. Pahit.

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS!
tuntutan yang wajib anda laksanakan bagi membantu saudara kita disana.
Sebaran maklumat,doa dan kewangan. 

Sebaran maklumat. Gunakan sepenuhnya jaringan sosial yang wujud untuk menyampaikan maklumat yang benar lagi sahih mengenai penderitaan rakyat Syria. Sebarkan pada dunia sehingga dunia tahu siapa penjenayah
yang sebenar!

DoaSenjata paling ampuh orang-orang mukmin. Banyakkan doa,solat hajat dan bacaan doa qunut nazilah pada setiap solat fardhu andaLakukan di rumah ataupun lebih afdhal secara berjemaah di masjid.

Kewangan. Akibat peperangan yang terlalu lama, telah berlaku banyak kerosakan tempat tinggal dan harta benda rakyat Syria.Mereka sangat memerlukan keperluan-keperluan asas bagi kelansungan hidup disana. Anda boleh menderma sama ada dalam bentuk kewangan mahupun pakaian.

Ketahuilahtiada penghinaan yang lebih besar apabila umat islam tidak mampu untuk mempertahankan nasib saudara-saudara sendiriIsu ini tidak akan pernah selesai sekiranya ramai umat islam yang mengambil sikap untuk tidak ambil peduli, yang nafsi-nafsidan  hanya goyang kaki!

Bantulah mereka.
Bukankah kita sebaik-baik umat?






















Friday 5 July 2013

Dr Mursi

Siapa Mursi Sebenarnya?

MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin

Awas Syiah 1

Wednesday 29 May 2013

duit.. ni rezeki... :)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kisah Duit Syiling dan Batu

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Semoga kita sama-sama mengambil hikmah daripada cerita di atas.. :) sekian.
السلام عليكم ورحمة الله

Saturday 25 May 2013

istigfar




 Allah SWT berfirman :

”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

Rasulullah saw bersabda :

“Sungguh, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR.Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw bersabda :

”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Thursday 7 March 2013

Jumaat: Penghulu Segala Hari

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bersyukur kita kepada Allah yang Maha Esa kerana telah menemukan kita kembali pada hari yang penuh barakah, Jumaat, penghulu segala hari.

Tup, tup, tak sangka dah seminggu kan? Haa. Cepatnya masa berlalu. Ayuh apa tunggu lagi, teruskan beramal. :)

InsyaAllah, kita mohon kepada Allah agar kita tergolong bersama Rasulullah SAW, para Rasul, Nabi dan orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Jom kita Qiamullail malam ni dan perbanyakkan zikir, selawat dan membaca Al-Quran. :)

Sebelum tu, suka sekali saya nak share video Fattabiouni mengenai Sunnah-sunnah hari Jumaat ni. Dipersilakan menonton. Hee. :D




Marilah kita sama-sama berselawat kepada Rasulullah SAW,


Teruskan beramal, insyaAllah. Wassalam. :)

Saturday 26 January 2013

Wahai Nabi, Kami Merinduimu..


“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.

Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.

Baginda menyedarinya.

“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.

Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.

“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.

Merajuk.

Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.

Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.

Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.

Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ’sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.

Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.

Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.

“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR

Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu ‘anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.

Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah.

Anakanda itu menangis.

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.

Fatimah ketawa.

Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?”

Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam!”

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dahulu?”

Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!

“Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!

Aku menangis…

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!

Aku ketawa”

Sesungguhnya…

Fatimah radhiyallahu ‘anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu ‘alayhi wa sallam!

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Dhuha itu tepu dengan kegelisahan.

Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah radhiyallahu ‘anha meneruskan catatannya:

Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.

Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.

Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”

Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.

Leher Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.

Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]

Kami rindukanmu.