ASK YOURSELF, AM I READY TO MEET ALLAH ? DO I LOOK FORWARD TO MEETING ALLAH ON THE DAY OF JUDGEMENT ? WHAT I WILL BRING TO THAT MEETING ?

"SO WHOEVER WOULD HOPE FOR THE MEETING WITH HIS LORD, LET HIM DO RIGHTEOUS WORK AND NOT ASSOCIATE IN THE WORSHIP OF HIS LORD ANYONE"

(18:110)


Monday 28 November 2011

Persahabatan vs Percintaan


Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin

Friday 25 November 2011

SEPATAH DUA KATA



Bismillah... Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang...
Artikel ini dibuat bagi menjawab beberapa persoalan yang diutarakan oleh rakan-rakan kami tentang tujuan StyloIslam ditubuhkan. 


StyloIslam Mission:
Share Islam with Muslim and Not Yet Muslim
StyloIslam’s Vision:
To use all medium for sharing the beauty of Islam
To show Islam is simple and practical by providing more knowledge about Islam
To remind people to do good and be a productive Muslim
To show that Islam is a religion of peace especially to the Islamophobia


StyloIslam..
Salah satu cara kami untuk berislah dan berdakwah. Islah dari segi istilah adalah usaha mengembalikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai. Menurut Ibn Manzur dalam bukunya Lisan al-Arab jilid 2, islah bermaksud menghilangkan kerosakan atau mendirikan semula sesuatu yang telah runtuh. Secara literalnya, islah menjurus kepada berpesan-pesan antara saudara sesama Islam agar sama-sama memperbaiki diri menuju ke jalan Allah.
Dakwah mempunyai maksud yang sangat luas. Terdapat banyak kitab-kitab yang mendefinisikan dakwah itu dengan pelbagai tafsiran. Namun, semua definisi dakwah menjurus kepada satu perkara yang diringkaskan iaitu mengajak atau menyeru. Bagi kami, kami mendefinisikan dakwah ialah berpesan dan mengajak kepada mereka yang belum mendapat hidayahNya lagi seperti non muslim. Mereka bukanlah non muslim. Tapi kami lebih suka menggelar mereka Not Yet Muslim.
Mereka masih belum mendapat hidayah Allah untuk memeluk Islam. Jadi,mereka bukanlah non Muslim sebaliknya menanti hidayah untuk memeluk Islam.Mereka tahu akan Islam tapi mereka tidak tahu apa yang ada dengan Islam. Bukanlah untuk mengecilkan diri sesiapa, namun kebanyakan dari kita, pendakwah sekalipun sebenarnya lebih banyak berislah daripada berdakwah kerana mereka berpesan-pesan antara sesama Muslim. Amat sedikit bilangannya mereka yang cuba untuk menarik “not yet muslim” untuk mengajar mereka tentang Islam. Dari situ, kami hadir membawa idea untuk membuat satu page yang lebih seimbang kepada dakwah dan Islah kerana dua-dua ini mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Kami mulakan dengan menubuhkan sebuah page di facebook.. StyloIslam. Kerana kami merasa page2 yang ditubuhkan atau yang dibuat lebih cenderung kepada Islah. Memandangkan ramai rakyat di Malaysia mahupun di dunia ini berkomunikasi menggunakan facebook, kami menjadikan ia satu cara untuk kami berkongsi ilmu.  Rakyat Malaysia lebih suka akan page-page yang agak susah untuk dicari manfaatnya kerana lebih mementingkan hiburan daripada mesej yang nak disampaikan. Itu situasi di Malaysia. Berbeza dengan negara luar seperti Negara Arab, Pakistan, mereka sangat bergiat aktif dalam kegiatan dakwah dan islah menggunakan internet sebagai wahana dalam menyebarkan Islam.  Namun ada sedikit kekurangan apabila mereka kadangkala terpesong daripada niat asal mereka. Dari untuk menyebarkan keindahan Islam, terus kepada mementingkan popuraliti page masing-masing. Dalam tugas untuk membawa imej sebagai seorang muslim, adalah penting untuk kita membetulkan niat agar kita ikhlas kerana Allah. Lantas dari situ, kami membuat satu page dimana sebagai madah untuk kita berkongsi ilmu dan tidak lupa jugak untuk menunjukkan kepada not yet muslim yang bahawa Islam itu sangat indah dan mudah untuk dipraktikkan. Maka, tujuan hidup kita sebagai khalifah itu terlaksana kerana kita bukan sahaja berpesan antara saudara Islam kita sahaja malah berpesan dan berkongsi nikmat Islam kepada mereka yang masih mencari-cari akan tujuan hidup sebenar didunia ini.
Kami bukanlah seorang ulama. Kami bukanlah seorang pendakwah. Kami bukanlah seorang ustaz. Kami juga bukanlah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Namun, kami tidak menjadikan ia sebagai batu penghalang dalam usaha kami untuk menegakkan kebenaran dan berkongsi bersama ilmu yang kami pelajari. “SHARE ISLAM WITH MUSLIM AND NOT YET MUSLIM” itulah misi dan tujuan utama kami dalam StyloIslam. Ia juga menjadi sebagai batu loncatan kepada kami untuk sentiasa berusaha mencari ilmu dan memanfaatkan ilmu yang ada. Sesungguhnya tanggungjawab ini sangatlah berat. Kerana segala ilmu yang kami share kan bersama, sekiranya kami tidak melakukan ia, makin kami lebih berdosa di sisi Allah swt.

Firman Allah swt dalam al-Quran yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
(Surah As-Saf 61:2-3)


Jadi, kami hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lepas dari dugaan cabaran dalam menyebarkan Islam. Kadang-kadang kami terlupa. Tetapi itulah tujuan manusia diciptakan. Untuk menasihati antara satu sama lain...


“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surat At-Tawbah 9:71)


Kami berpegang kepada banyak kata semangat untuk teruskan mengembalikan kegemilangan Islam. Walaupun kami bukanlah yang terbaik dalam kalangan kami, kami berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Sekiranya kami hanya menunggu untuk menjadi sempurna kemudian barulah untuk berusaha menyebarkan ajaran Islam, sudah pasti akan mengambil masa yang sangat lama.

Umpama kata  Imam Hasan Al-Basri,

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan."

Come work for Islam. The work is hard, the hours are long, and the pay is low. But the retirement benefits are out of this world! (Nouman Ali Khan)


Alhamdulillah.. Kami telah berjaya untuk menarik perhatian pengguna facebook yang berada di luar negara seperti Indonesia, Singapura, dan juga di Negara-negara Arab yang lain.  Bersyukur terhadap Allah. Namun, bagi kami, kami bukanlah pengejar “like”. Kami lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kami mahu saudara-saudara kami mendapat ilmu dan mesej yang cuba untuk disampaikan. Apa guna sekiranya mempunya sejuta orang “like” namun yang hanya membuka page anda hanya sedikit sahaja.. Oleh itu, biarlah keluarga StyloIslam yang ada ini adalah insan-insan yang benar-benar mencari keredhaan Allah. Ikhlas mencari ilmu Allah. Ikhlas ingin menjadikan Islam cara hidup yang sebenar..






Sebagai contoh, ini adalah salah satu post di StyloIslam. Terdapat dua mesej yang hendak disampaikan. Kepada rakan Muslim yang lain, kami berpesan untuk kita bersama-sama mempraktikkan gaya hidup Islam bukan hanya sekadar Islam bermain di mulut sahaja. Tunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu sangat indah dan anda berbangga menjadi seorang Muslim.
Mesej kedua ialah, kami hendak menunjukkan ibadat utama seorang Muslim ialah solat. Solat dalam Islam sangat mudah untuk dilaksanakan. Ini menunjukkan Allah berada dimana-mana. Bukankah indah apabila seorang not yet muslim melihat gambar di atas?
“wah.. stylonya.. mereka menunaikan kewajipan mereka walaupun dimana mereka berasa”..
“Indahnya Islam”...
“Kenapa dalam agama lain tidak ada seperti ini?”
Walaupun haya sekadar mesej dan gambar, sekurang-kurangnya ia menimbulkan tanda tanya terhadap ajaran Islam. InsyaAllah mereka akan lebih berminat mengkaji Islam itu sendiri.
Itulah misi kami untuk SHARE ISLAM WITH MUSLIM AND NOT YET MUSLIM..

Alhamdulillah. Ada antara rakan kami yang bertanya kepada kami adakah StyloIslam sudah berjaya melaksanakan visi-visi yang telah diutarakan.  

Setakat ini kami berjaya menrik perhatian daripada para pengguna facebook di seluruh dunia.. Walaupun bilangannya sedikit, insyaAllah apa yang lebih penting adalah ilmu yang disampaikan dan yang diamalkan.  Berikut adalah sebahagian daripada contoh bahawa keindahan Islam itu berjaya dikongsi bersama dengan Not Yet Muslim.





Sokongan daripada mereka yang Not Yet Muslim membuatkan kami berasa semakin berat tanggungjawabuntuk terus melakukan yang terbaik bagi memartabatkan Islam yang sebenar.

Selain itu, kami juga sangat berbesar hati apabila ada sebahagian daripada “keluarga” StyloIslam yang sudi untuk share dan terus menyokong kami walaupun page kami tidaklah semegah yang lain. Alhamdulillah. Kami tidaklah mengharapkan untuk pengguna yang lain untuk memberi kredit kepada kami. Apa yang lebih penting ialah kita berkongsi misi yang sama iaitu berkongsi keindahan Islam dengan Muslim dan mereka yang Not Yet Muslim. Itu adalah perkara yang lebih utama.






















Kami membuat page ini bukan sahaja untuk berkongsi ilmu dengan umat Islam yang berada di Malaysia sahaja. Namun, kami juga berusaha untuk bergerak secara international. Oleh itu, kami menggunakan dua bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa Inggeris agar semua keluarga StyloIslam boleh memahami mesej yang disampaikan.
 Hal ini kerana jika kita melihat situasi di Malaysia, Islam masih aman dan mampu untuk digerakkan lagi. Namun, hal ini berbeza sama sekali di luar Negara. Islamophobia telah menular dalam masyarakat mereka sehinggakan mereka takut akan Islam. Mereka melabel Islam sebagai agama pengganas.
Isu 9/11 telah memburukkan lagi imej Islam apabila Islam dituduh sebagai dalang. Isu Burqa ataupun tudung telah menjadi isu besar yang mengatakan Islam menghalang kah asasi wanita sehinggakan timbul isu pengharaman burqa di Perancis dan Belgium. Pasukan bola sepak Iran dihalang untuk menyertai FIFA kerana mereka memaka tudung. Tindakan pembakaran al-Quran di  Amerika lebih memburukkan isu bahawa mereka yang Islamophobia ini sudah semakin berleluasan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membersihkan dan menjaga keindahan Islam itu sendiri.


Jika mereka berkata Quran itu adalah kitab palsu, kita “share”kan dengan mereka ayat-ayat yang ada dalam Quran yang sangat indah lagi benar.
Jika mereka berkata Nabi Muhammad saw ialah nabi palsu, kita “share”kan hadis-hadis Rasulullah saw yang bersifat al-Amin dan seorang yang mempunyai akhlak yang paling sempurna.
Jika mereka berkata agama Islam ialah agama pengganas, kita “share”kan dengan mereka akhlah-akhlak yang terpuji bersandarkan Quran dan sunah.    
Jika mereka berkata Islam menindas kebebasan wanita, kita “share”kan bahawa Islam sangat menjaga dan melindungi wanita dengan pelbagai cara.
Kita tunjukkan bahawa Islam adalah agama yang syumul. Agama yag sempurna. Agama yang benar.. Itulah yang perlu kita lakukan.

‎”Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”
Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi.

Sekiranya setiap umat Islam menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkongsi akan keindahan Islam bersama, sudah pasti masalah Islamophobia akan selesai seterusnya mereka tertarik akan ajaran Islam. Bukankah indah sebegitu saudara-saudaraku?
Last but not least, we would be thankful to all our viewers if they promote this page not that we are looking forward to become famous, rather to convey the message of Islam to as many people as possible.
*maafkan kami sekiranya kami mengunakan gambar-gambar yang tertera di atas tanpa kebenaran tuan punya nama. Halalkan. Sesungguhnya kami berniat baik untuk bersama-sama mendapat keredhaan dariNya.. Sekiranya anda tidak menyukainya, kami memohon seribu kemaafan..

Salam Ukhuwah.. 



Tuesday 22 November 2011

Doa ketika hujan


  اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

“ Ya Allah! Turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman dan binatang).”
(HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 2/518)



Sunday 20 November 2011

Sayangi ayahanda dan bonda



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Al-Ankabut : 8

Friday 18 November 2011

HUJAN OH HUJAN

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG,
HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,
APALAH SANGAT DERITA HUJAN MUSIM TENGKUJUH YANG PANJANG,
ANDAI DIBANDINGKAN DENGAN HUJAN PELURU DI BUMI SAUDARAKU INI....

Thursday 17 November 2011

Practise make perfect ??

Practise dont make us perfect, but practise just make us better,
Just be remember that nobody is perfect except Him.. :)

Wednesday 9 November 2011

Tawakal


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surat At-Talaq 65:3)


Saturday 5 November 2011



Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah SAW ditanya: Amal ibadah apakah yang paling utama ? Nabi bersabda: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Jihad di jalan Allah.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Haji yang mabrur.” ( HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dari A’isyah Ummil Mukminin Radiallahuanha dia berkata : Ya Rasulullah! Kami berpendapat bahawa jihad adalah perbuatan baik yang paling utama, bolehkah kami wanita turut berjihad? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak begitu, jihad yang paling utama bagi wanita adalah haji mabrur.” (HR. Bukhari)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima’ dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan bersih dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika dia dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Haji mabrur itu tiada balasan baginya melainkan Syurga.” (HR Bukhari)

Imam An-Nawawi berkata: “Makna yang paling benar dan paling masyhur bagi haji mabrur ialah ibadah haji yang tidak dicemari oleh perbuatan dosa."

Wednesday 2 November 2011

Senyum itu satu sedekah


Smile will make people around you happy :)

“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.”
(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi





Tuesday 1 November 2011

Let me tell you a story of a person...


He said,"Allahu Akbar". Then he moved forward and said,"La ilaaha ilAllahu Muhammadur Rasul Allah". Then again he moved forward and said,"La ilaaha illa Anta Subha Naka Inni Kuntu Minazaalimeen". He went further down and said,"SubhanAllahi Wabi Hamdihi SubhanAllahil Azeem". Doing so he has already earned so much reward.

Do you know who that person was? It was YOU..:) 
♥♥Always zikir or praise to Allah..♥♥