ASK YOURSELF, AM I READY TO MEET ALLAH ? DO I LOOK FORWARD TO MEETING ALLAH ON THE DAY OF JUDGEMENT ? WHAT I WILL BRING TO THAT MEETING ?

"SO WHOEVER WOULD HOPE FOR THE MEETING WITH HIS LORD, LET HIM DO RIGHTEOUS WORK AND NOT ASSOCIATE IN THE WORSHIP OF HIS LORD ANYONE"

(18:110)


Wednesday 31 October 2012

Aku



Assalamualaikum

“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidup 
Untuk pemikiran yang benar dan kukuh 
Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan, 
Permasalahan alam yang lampau 
Menjawab persoalan mereka yang kebingungan
Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang? Ke manakah aku hendak pergi? 
Kenapa aku diciptakan? Adakah aku hidup kembali?”
(Yusuf al-Qardhawi, Majalah Tarbiyah al-Islamiyah)


Cabaran bergelar shabab pada arus globalisasi hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Membesar dengan habituasi mengejar matlamat sistem pendidikan merupakan perkara biasa


Jika di imbas kembali sewaktu aku, berada di alam persekolahan, aku berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Jelas pada mataku matlamat ataupun tujuan aku belajar ketika itu. Mendapatkan keputusan yang cemerlang sebagai batu loncatan untuk aku mengejar impian di dada.


Dengan limpah kurnia Sang Pencipta,kemudian aku diberi peluang untuk meneruskan proses pembelajaran. Aku berhadapan pula dengan A-level (Advanced –level). Aku jelas dengan matlamatku.  Ya, sudah tentu ingin mendapatkan pointer yang baik, sekali gus melayakkan diriku untuk melanjutkan pelajaran aku di India.


Demi mencapai matlamatku, aku memiliki rutin harian yang sama. Belajar, belajar dan belajar. Wasilah yang ku sangkakan penyelamat kepada diriku secara diam membunuh aku seolah-olah kanser menular merapuh jiwa. Ya, jiwa kosong kacau ibarat dahan tidak berdaun ,digayut tuntutan fitrah,  mencari jalan kebenaran agar menemui kepuasan jiwa. 





Aku lupa bertanya kepada diriku, apakah aku faham tujuan aku diciptakan? Adakah jelas tujuan  hidupku? Bagaimana dengan SPM (Sijil Padang Mahsyar) dan A-level (akhirat- level)  ku?
                                 
Kenyataannya, seperti aku tidak faham dan tidak jelas tujuan hidup ku. Buktinya seolah-olah aku menjadikan alat sebagai matlamat hidup ku, lupa akan matlamat ataupun tujuan sebenar aku diciptakan. Seakan-akan peperiksaan yang paling hampir dengan diriku, sedang maut?



 “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat  kepadaKu."  (Az-Zariyat 51:56)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat :" sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ".  Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dngan berkata) : "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui".  (Al-Baqarah 2;30)



Sudah tentu aku tahu menipu memang berdosa.  Namun aku tetap menipu.  Tidak salah belajar kerana belajar itu sendiri adalah satu ibadah.Tetapi terkadang belajar itu sendiri  menjadi limitasi kepada aku untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selagi belajar itu tidak mendekatkan diri pada Allah, layakkah ianya digelar sebagai ibadah?

Mungkin bicara syeikh Abu Al-Aa’la Al-Maududi semasa dijemput untuk memberikan ucapan dalam satu majlis konvokesyen di India dapat dijadikan refleksi buat aku.


“Wahai mahasiswsa! Kamu melabur sekian lama masa kamu di universiti ini bagi mendapat pendidikan. Kamu menunggu lama saat di mana kamu menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis konkvokesyen sebegini. Sukar untuk aku berterus terang kepada kamu pada saat ini. Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur. Dalam menilai tempat kamu didik ini, malah semua tempat pendidkan yang bernama universiti ini, ia tidak ubah seperti TEMPAT PENYEMBELIHAN berbanding tempat pendidikan. Sekeping ijazah yang dikeluarkan tidak ubah seperti SIJIL KEMATIAN. Ia dikeluarkan apabila si pembunuh berpuas hati kerana berjaya menyempurnakan penyembelihannya. Alangkah bertuahnya mereka yang berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini bagi mengucapkan tahniah kepada kamu kerana menerima sijil kematian itu malah sebalaiknya. Aku berasa sedih kerana melihat kamu dalam keadaan yang teruk. Aku seperti mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini".




p/s : Berapa ramaikah "aku" di luar sana?





No comments:

Post a Comment